Close

3 telco dengan pelan prabayar 5G mampu milik di Malaysia


Ketika ini, Malaysia sedang mengalami perubahan rangkaian dari 4G ke 5G. Seiring dengan perubahan itu, kebanyakan telco mula menawarkan pelan 5G untuk pengguna mereka. Oleh yang demikian, kami ingin berkongsi 3 telco yang menawarkan pelan prabayar 5G mampu milik.

Yes 5G


YTL Communications (YES 5G) merupakan syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan rangkaian 5G. Hadir dengan penawaran pelan prabayar 5G yang mampu milik ketika ini melaluinya pelan Yes Prepaid FT5G Unlimited.

Pelan Yes Prepaid FT5G Unlimited ini ditawarkan dengan harga RM30/bulan. Menawarkan kelajuan 5G tanpa had, kelajuan 4G pada 7Mbps dan juga panggilan tanpa had. Selain itu, pelan ini juga menyertakan kuota sebanyak 9GB untuk hotspot.
TM Unifi Mobile 5G

Pelan rangkaian 5G yang seterusnya adalah TM Unifi Mobile 5G. Melalui Unifi Mobile, ia hadir dengan satu sahaja pelan prabayar 5G iaitu Unifi Bebas.

Pelan prabayar Unifi Bebas ini ditawarkan dengan harga RM35/bulan. Pelan ini menawarkan kelajuan 5G tanpa had, kelajuan 4G pada 5Mbps (FUP 100GB), panggilan tanpa had dan juga kuota hotspot sebanyak 10GB. 
Sebagai peringatan, untuk mendapatkan pas data 5G tanpa had pada pelan ini, pengguna perlu menebus “Pas Data 5G tanpa Had” melalui aplikasi dalam masa 72 Jam untuk menikmati kelajuan 5G tanpa had.
U Mobile 5G Prepaid

Tidak seperti pelan yang ditawarkan oleh Yes 5G dan Unifi Mobile, yang mana hanya menawarkan satu pelan prabayar 5G sahaja. Pada U Mobile 5G Prepaid, ia tampil dengan tiga pilihan pelan Prabayar 5G yang bermula dari RM25/bulan (U25), RM35/bulan, (U35) dan RM40/bulan (U40).

Untuk Pelan U25, ia menawarkan kelajuan 4G pada 3Mbps (FUP 30GB), panggilan tanpa had dan juga kelajuan 5G tanpa had melalui Speed Booster (1 Jam untuk 1 Hari). Manakala untuk pelan U35, kelajuan 4G pada 6Mbps (FUP 100GB), panggilan tanpa had, 3GB hotspot dan kelajuan 5G tanpa had pada hujung minggu.
Akhir sekali adalah pelan U40 yang mana ia menawarkan kelajuan 4G pada 6Mbps (FUP 100GB), panggilan tanpa had, data hotspot tanpa had dan kelajuan 5G tanpa had pada hujung minggu.
Biarpun menawarkan lebih banyak pelan prabayar 5G. Namun, untuk mendapatkan kelajuan 5G tanpa had ia hanya tersedia melalui Speed Booster (U25) dan juga pada hujung minggu ( U35 dan U40).

ARTIKEL BERKAITAN