Close

Asus ROG Strix SCAR dan ROG Strix G dilancarkan – Cip Intel Core Gen 13 dan GPU RTX 4090

Asus melalui acara CES 2023 mengumumkan barisan baharu komputer riba mereka iaitu Strix SCAR 16, Strix SCAR 18, Strix G16 dan Strix G18. Melaluinya, ia hadir dengan peningkatan spesifikasi dan juga reka bentuk yang ditambahbaik.

Untuk model Strix SCAR 16 dan Strix SCAR 18, kedua-duanya dikuasakan dengan cip Intel Core i9-13980HX yang digabungkan dengan GPU NVIDIA GeForce RTX 4090 dengan kemampuan maksimum 175W. Dari segi paparan, kedua-duanya hadir dengan sokongan ROG Nebula Display, memberikan hasil warna yang baik dan juga animasi yang lancar.

Selain itu, kedua-dua model ini juga turut menyokong paparan 240Hz dengan resolusi sehingga QHD. Untuk memberikan pengalaman menonton atau bermain yang lebih baik kedua-dua model menyokong nisbah aspek pada 16:9.

Spesifikasi lain untuk kedua-dua model adalah seperti RAM 6GB DDR5, storan terbina 4TB PCIe Gen 4 SSD dan bateri 90Wh. Turut disertakan dengan empat pembesar suara Dolby Atmos, papan kekunci Cliclet dengan lampu backlit dan RGB. 

Untuk port sambungan pula, hadir dengan 2 x USB 3.2 Gen 1 Type-A, 1 x USB 3.2 Gen 2 Type-C (DisplayPort 1.4), 1 x USB Type-C (Thunderbolt 4), 1 x RJ-45 (LAN 2.5 Gbps), 1 x HDMI® 2.1, 1 x DC-in dan bicu audio 3.5mm.

Seterusnya, untuk Strix G16 dan Strix G18. Ia dikuasakan dengan cip Intel Core i9-13980HX yang dipadankan dengan GPU NVIDIA GeForce RTX 4080. Melengkapkannya, RAM 32GB DDR5, storan dalaman 2TB PCIe Gen 4 SSD dan bateri 90Wh.

Dari segi paparan, kedua-duanya menyokong ROG Nebula Display dengan resolusi QHD 240Hz. Turut hadir dengan sokongan G-SYNC untuk pengalaman bermain yang lebih baik. Untuk sokongan port, ia hadir dengan  2 x USB 3.2 Gen 1 Type-A, 1 x USB 3.2 Gen 2 Type-C (DisplayPort 1.4), 1 x USB Type-C (Thunderbolt 4), 1 x 2.5G LAN RJ-45 ,1 x HDMI 2.1 dan bicu audio 3.5mm.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN