Close

Honor X9a 5G kini rasmi di Malaysia dengan harga RM1499

Honor Malaysia sedia menawarkan satu lagi peranti pertengahan baharu untuk pasaran tempatan iaitu  Honor X9a 5G. Melaluinya, ia hadir dengan sejumlah peningkatan spesifikasi dan juga reka bentuk yang lebih menarik. Selain itu, peranti ini turut hadir dengan ketahanan skrin yang menakjubkan melalui “Ultra-tough OLED curved display”.

Honor X9a 5G dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.67-inci OLED melengkung, paparan 120Hz, PWM Dimming dan juga mempunyai kecerahan puncak 800 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 695 5G yang dipadankan dengan 8GB RAM + Honor RAM Turbo 5GB dan storan dalaman sehingga 256GB.

Dari segi fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama sebesar 64MP + 5MP ultra lebar + 2MP makro. Untuk swafoto pula, ia hadir dengan sensor sebesar 16MP. Melengkapkan peranti, ia hadir dengan bateri 5100mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 40W.


Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti pengimbas cap jari di bawah skrin, Bluetooth 5.1, NFC, Ultra- Tough OLED dan menjalankan Magic UI 6.1 yang berasaskan Android 12.

Untuk harga jualan, Honor X9a 5G dijual pada harga RM1499 untuk 8GB + 256GB. Ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Titanium Silver, Emerald Green dan juga Midnight Black.

Bagi yang berminat, Honor X9a 5G akan mula dijual pada 6 Januari ini. Setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai RM418 yang berupa Honor Choice Earbuds X3 dan juga jaminan skrin selama 180 hari. Boleh didapatkan di semua pengedar rasmi Honor Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN