Jika semalam, Apple telahpun melancarkan dua produk baharu iaitu MacBook Pro dan Mac Mini. Hari ini, Apple melancarkan satu lagi produk baharu iaitu HomePod 2023. Hadir dengan spesifikasi yang dipertingkat dan reka bentuk lebih baik serta dengan pelican warna baru.
Dari segi rekaan, HomePod 2023 masih membawakan rekaan yang sama seperti model sebelumnya. Tetapi, hadir dengan permukaan atas baharu yang mempunyai lampu di sekelilingnya.
HomePod 2023 hadir dengan keupayaan rumah pintar yang dipertingkat yang memudahan pengguna untuk mengawal pelbagai perkakasan dalam masa yang sama dapat menerima notifikasi mengenai keadaan rumah. Turut dimuatkan dengan pelbagai penderia baharu seperti suhu,
kelembapan dan sebagainya.
Selain itu, ia juga menyokong spatial audio, pengecaman bunyi dan juga Standard Matter. Melalui Standard Matter membolehkan HomePod 2023 digunakan bersama peranti yang menyokong Standard Matter.
Untuk harga jualan, HomePod 2023 dijual pada harga $299 (RM1292) untuk pasaran luar Malaysia. Untuk pasaran Malaysia buat masa ini ia belum lagi disenaraikan.