Close

Spesifikasi Huawei P60 Pro tertiris – Snapdragon 8 Gen 2 dengan kamera 64MP

Siri Huawei P60 dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi. Berikutan dari itu, terdapat laporan yang mendedahkan spesifikasi yang akan dibawakan pada peranti tersebut.

Sumber : DTCHAT

Melalui laporan yang tertiris, memperlihatkan beberapa maklumat mengenai spesifikasi seperti cip yang akan digunakan, saiz skrin, teknologi kamera, kapasiti bateri dan juga teknologi pengecasan.

Sumber : Rodent950

Huawei P60 Pro akan dikuasakan dengan cip terbaru dari Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Gen 2 tetapi terhad kepada rangkaian 4G sahaja. Menggunakan skrin bersaiz 6.6-inci OLED 120Hz dengan resolusi 1440p.

Bateri 5000mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas berwayar 100W dan 50W pengecasan tanpa wayar. Dari segi fotografi, Huawei P60 Pro dijangka hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan kamera utama 50MP Sony IMX888 + 50 MP Sony IMX858 ultralebar + 64MP OmniVision OV64B telefoto.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti penarafan IP68 dan menjalankan HarmonyOS 3.0. Huawei P60 Pro dijangka akan dilancarkan pada Mac ini. Seperti biasa, akan lebih banyak maklumat akan didedahkan dari masa ke semasa.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN