Close

OnePlus Keyboard akan dilancarkan pada 7 Februari ini


Sebelum ini, OnePlus telahpun mengesahkan yang mereka akan menawarkan papan kekunci mekanikal dengan kerjasama Keychron yang merupakan salah satu pengeluar papan kekunci mekanikal terkemuka.


Terkini, OnePlus telahpun mendedahkan beberapa maklumat mengenai papan kekunci mekanikal seperti rekaan, warna, dan tarikh pelancarannya.


Dari segi rekaan, papan kekunci ini hadir dengan rekaan jenis TKL (Ten Key Less) bersama dengan tombol berputar yang terletak di atas sebelah kanan. Papan kekunci ini turut hadir dengan warna tema OnePlus iaitu putih atau merah dengan kemasan aluminium pada bahagian atas.


Pada bahagian belakang, terdapat sambungan USB-C, suis seperti alert slider untuk menukar sambungan Bluetooth atau USB dan juga suis untuk menukar operasi dari Windows atau Mac. Terdapat juga kaki pelaras untuk memberi pengalaman menaip yang egronomik.



Namun begitu, OnePlus tidak mendedahkan maklumat lain seperti spesifikasi penuh dan harga jualan. Papan kekunci mekanikal telah dijadualkan akan dilancarkan pada 7 Februari ini bersama-sama dengan OnePlus 11 dan juga OnePlus Buds 2 Pro.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN