Close

OnePlus Malaysia menjadualkan acara pelancaran OnePlus 11 pada 7 Februari ini

OnePlus Malaysia akhirnya berkongsi tarikh pelancaran OnePlus 11 iaitu pada 7 Februari ini. Yang mana, peranti tersebut telahpun dilancarkan di China pada 6 Januari yang lalu dan ditawarkan dalam satu varian sahaja.

OnePlus 11 hadir dengan skrin bersaiz 6.7-inci AMOLED LTPO 3.0 dengan resolusi 1440p. Menyokong paparan sehingga 120Hz, HDR10+ dan kecerahan puncak sehingga 1300 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB LPDDR5X dan storan dalam sehingga 512GB UFS 4.0.


Dari segi fotografi, OnePlus 11 masih mengekalkan penjenamaan Hasselblad dan masih menggunakan tetapan tri-kamera iaitu 50MP + 48MP ultra lebar + 32MP telefoto. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 16MP. Bateri 5000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 100W.


Di China, OnePlus 11 ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Hitam dan Hijau. Dijual pada harga CNY 3,999 (RM2518) untuk 12GB + 256GB dan CNY4,899 (RM3084) untuk 16GB + 512GB. Namun, untuk pasaran Malaysia buat masa ini tiada sebarang maklumat mengenai harga dan juga varian yang akan ditawarkan.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN