Close

Kerajaan arahkan kad Touch ‘n Go Visa ditukar nama – Ini sebabnya…


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengeluarkan beberapa garis panduan kepada Touch ‘n Go (TNG) berkenaan dengan produk mereka termasuk kad Prabayar TNG Visa.

Melalui garis panduan yang dikeluarkan, KPDN menyarankan TNG untuk menukar nama kad TNG Visa kepada nama lain. Hal ini disebabkan oleh TNG lebih sinonim dengan sistem pembayaran tol, sementara kad TNG Visa hanya digunakan untuk pembelian barangan dan pengeluaran wang.
TNG turut diminta untuk memberikan penerangan yang lebih mendalam mengenai perbezaan kad tersebut supaya perkara tidak mengelirukan bakal pengguna.
Antara garis panduan lain yang dikeluarkan adalah tambah bilangan pusat jualan dan perkhidmatan kad TNG, beri notifikasi awal kepada pengguna sebelum kad tamat tempoh, mempercepatkan proses bayaran balik dan pemindahan baki dan turunkan iklan penjualan kad TNG tidak rasmi dari semua platform atas talian. 
TNG turut diberikan tempoh selama seminggu untuk mengeluarkan pelan tindakan susulan bermula dari hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN