Close

realme menjadualkan acara pelancaran realme GT Neo5 pada 9 Februari ini

realme telahpun menjadualkan acara pelancaran untuk realme GT Neo5 pada 9 Februari di China. Maklumat tersebut telah dikongsi melalui satu video teaser yang berdurasi 8 saat.

Video teaser tersebut bukan sahaja berkongsi mengenai tarikh pelancaran realme GT Neo5 tetapi turut memperlihatkan rekaan panel belakang peranti tersebut dengan tetapan tri-kamera belakang bersama kemasan berwarna ungu.

Terdapat juga laporan lebih terperinci mengenai spesifikasi dan reka bentuk realme GT Neo5 yang dikongsi melalui laman web popular di China iaitu Weibo. Perkongsian tersebut mendedahkan peranti ini akan mempunyai LED Flash RGB dengan perjenamaan “Dare To Leap” yang terletak di sebelah kamera utama. LED Flash RGB ini dijangka akan hadir fungsi Breathing Light yang boleh digunakan sebagai lampu notifikasi dan indikator bateri.

Untuk spesifikasi, realme GT Neo5 dijangka akan hadir dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 atau Dimensity 8200, pengecasan pantas 240W dan juga kamera utama 50 MP. Selain itu, ia turut dijangka hadir dengan skrin bersaiz 6.7-inci AMOLED dengan paparan 144Hz.

Dengan pelancarannya yang akan berlangsung tidak lama lagi, kami menjangkakan akan lebih banyak maklumat yang akan didedahkan dari masa ke semasa.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN