Close

Oppo menjadualkan acara pelancaran global untuk Oppo Find N2 Flip pada 15 Februari ini

Oppo Find N2 Flip telahpun dilancarkan secara rasmi di China pada tahun lalu. Yang mana, ia merupakan telefon pintar boleh lipat terawal jenis clampshell yang dihasilkan oleh Oppo. Membawa rekaan yang sama seperti Galaxy Z Flip4 tetapi dengan skrin kedua yang lebih besar.

Terkini, Oppo telahpun menjadualkan acara pelancaran global untuk Oppo Find N2 Flip pada 15 Februari ini. Berikutan dari itu, Oppo telahpun memberi beberapa teaser awal mengenai peranti tersebut melalui media sosial rasmi mereka.

Namun begitu, tiada maklumat mengenai spesifikasi yang didedahkan. Di China, Oppo Find N2 Flip hadir dengan skrin utama 6.8-inci AMOLED 120Hz, skrin luar OLED 3.26-inci. Dikuasakan dengan cip Dimensity 9000+, 16GB RAM LPDDR5, storan dalaman sehingga 512GB UFS 3.1, bateri 4300mAh dan pengecasan pantas 44W.


Dengan pelancaran global yang akan berlangsung tidak lama lagi, kami menjangkakan akan lebih maklumat akan didedahkan. Sebelum ini, kami ada melaporkan yang Oppo Find N2 Flip telah dikesan melepasi SIRIM Malaysia pada 31 Disember dengan kod model CPH2437 (OPPO Find N2 Flip). Berikutan dari itu, kami menjangkakan peranti ini akan ditawarkan di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN