Menteri Pengangkutan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telahpun melancarkan aplikasi MyJPJ yang membolehkan cukai jalan dan lesen memandu disimpan dan diakses secara digital.
Berikutan dari perlaksanaan itu, terdapat persoalan seperti adakah wajib mempunyai aplikasi MyJPJ dan adakah saman akan dikenakan sekiranya gagal untuk menunjukkan lesen memandu dan cukai jalan digital.
Secara asasnya, aplikasi MyJPJ bukanlah aplikasi yang wajib dimuat-turun, sebaliknya ia adalah salah satu opsyen untuk mendapatkan salinan digital cukai jalan dan lesen memandu.
Saman juga tidak akan dikenakan sekiranya gagal untuk menunjukan cukai jalan dan lesen memandu digital, kerana pihak penguatkuasa boleh mengesahkan status cukai jalan dan lesen memandu melalui sistem dalam gajet penguatkuasaan.
Oleh yang demikian, rakyat dinasihatkan supaya tidak terlalu risau atau panik dengan perlaksanaan ini. Dalam masa yang sama, MOT dan JPJ menyatakan yang proses perubahan ini akan mengambil masa untuk disesuaikan.