Close

Apple bakal hadkan fungsi USB-C pada siri iPhone 15

Apple telah mengesahkan yang siri iPhone seterusnya akan menggunakan pengecasan jenis USB-C. Namun begitu, Apple dikatakan akan mengehadkan fungsi penggunaan kabel USB-C seperti mana pada kabel Lightning.

Berdasarkan dari laporan Cell Phone Chip Expert, Apple bakal meletakkan fungsi authenticator chip pada port pengecasan dan juga kabel pengecasan yang akan disertakan di dalam kotak siri iPhone 15. Fungsi ini akan mengehadkan penggunaan aksesori yang tidak di iktiraf oleh Apple.

Apple iPhone 15 series will only support charging through MFi ( Made for iPhone ) USB Type-C cable, ordinary Android USB-C cable won’t support charging on iPhone 15 series. 😂#iPhone #iPhone15 #usbC

— Abhishek Yadav (@yabhishekhd) February 10, 2023

 

Berikutan dari itu, semua aksesori yang akan digunakan pada siri iPhone 15 perlu mempunyai kelulusan dari Apple yang diperakui Made For iPhone (MFi). Semua aksesori yang diperakui MFi akan mempunyai intergrated circuit (IC) yang mengesahkan ketulenan bahagian yang terlibat dalam sambungan.

Sekiranya pengguna menggunakan kabel yang tidak diperakui, notifikasi “This accessory is not supported” akan dipaparkan. Selain itu, Apple mungkin akan mengehadkan fungsi pengecasan pantas atau pemindahan data berkelajuan tinggi pada kabel yang tidak diperakui.

Apple juga dikatakan telah mula membangunkan IC tersuai untuk diletakkan pada port pengecasan USB-C pada siri iPhone 15. Cip pengesahan ini akan mengalakkan pengguna membeli aksesori tulen dan Apple akan mendapat komisen pada semua aksesori yang diperakui MFi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN