Close

Infinix bakal perkenalkan peranti dengan teknologi pengecasan 260W

Jika sebelum ini kita telahpun melihat teknologi pengecasan pantas dari redmi yang mencapai sehingga 300W dan realme yang mencapai sehingga 240W. Terkini, kita bakal melihat satu lagi teknologi pengecasan pantas yang setara iaitu dengan 260W.


Sumber : GSMARENA

Teknologi pengecasan 260W tersebut dilaporkan akan dibawakan pada peranti Infinix dan dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Teknologi pengecasan 260W ini dilaporkan akan menggunakan pengecasan 100W empat-arah yang dimuatkan dengan rekaan litar termaju melalui Advanced High-Perfomance Bus (AHB) yang memastikan sistem pengecasan dalam keadaan yang selamat.

Telefon dengan pengecasan 260W dari Infinix ini dijangka akan dilancarkan pada 9 Mac ini. Dengan kebanyakan pengeluar telah mula menggunakan pengecasan yang lebih pantas, kami menjangkakan lebih banyak pengeluar akan hadir dengan teknologi pengecasan mereka yang tersendiri.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN