Nothing telahpun mengumumkan kerjasama dengan Qualcomm, sekaligus mengesahkan yang Nothing Phone (2) akan dikuasakan dengan cip premium dari siri 8 Snapdragon.
Pada pengumuman tersebut, Nothing tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai cip yang akan digunakan pada Nothing Phone (2).
Sumber : 91Mobiles |
Namun begitu, salah seorang eksekutif Qualcomm secara tidak sengaja mendedahkan yang Nothing Phone (2) akan dikusakan dengan cip Snapdragon 8 + Gen 1.
Perkara tersebut dikongsi melalui satu hantaran ucapan tahniah, dalam masa yang sama turut menyatakan peranti tersebut akan menggunakan cip Snapdragon 8+ Gen 1. Tetapi, selepas beberapa ketika hantaran tersebut telah disunting dengan membuang maklumat mengenai cip tersebut. Hantaran tersebut berjaya dirakam oleh 91Mobiles sebelum disunting.
Harapan untuk melihat Nothing Phone (2) dikuasakan dengan cip terkini (Snapdragon 8 Gen 2) nampaknya tidak kesampaian. Namun begitu, cip Snapdragon 8+ Gen 1 dilihat masih lagi menawarkan keupayaan yang baik di samping harga jualannya mungkin sedikit lebih murah.