Nothing secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran untuk peranti seterusnya iaitu pada 22 Mac ini. Peranti seterusnya yang akan dilancarkan masih lagi sebuah TWS iaitu Nothing Ear (2) dan bukannya Nothing Phone (2).
When (1) becomes (2).
22 March, 15:00 GMT.Get ready for Ear (2).https://t.co/pLWW07l8G7 pic.twitter.com/9tM2OQuVqg
— Nothing (@nothing) March 6, 2023
Menurut Nothing, TWS ini bakal membawakan pelbagai peningkatan dan juga menawarkan sesuatu yang berbeza dari model sebelumnya. Antara peningkatan yang akan dibawa adalah dari segi bunyi dan juga tahap kejelasan yang lebih jelas.
Buat masa ini, Nothing tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai spesifikasi dan juga rekaan yang akan digunakan pada Nothing Ear (2). Dengan hari pelancarannya yang semakin hampir, kami menajangkakan akan lebih banyak maklumat akan didedahkan dari masa ke semasa.