Close

Redmi 12C kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM599

Xiaomi kini sedia untuk menawarkan peranti kelas permulaan baharu mereka untuk pasaran tempatan melalui model Redmi 12C. Membawakan peningkatan dari segi spesifikasi dan juga reka bentuk yang lebih baik dari model sebelumnya.

Dari segi spesifikasi, Redmi 12C dikuasakan dengan cip MediaTek Helio G85 yang dipadankan dengan 6GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 128GB eMMC 5.1. Hadir dengan skrin bersaiz 6.71-inci resolusi HD+.

Untuk fotografi, Redmi 12 dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP, untuk swafoto ia hadir dengan sensor sebesar 5MP. Untuk rakaman video, ia menyokong resolusi sehingga 1080p 30fps. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang dipadankan dengan pengecasan 10W jenis mikro-USB.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti pengimbas cap jari di bahagian belakang, sokongan bicu audio 3.5mm, dan juga Bluetooh 5.1. Di Malaysia, harga jualan untuk Redmi 12C bermula pada RM599 untuk 4GB + 128GB dan RM699 untuk 6GB + 128GB.

ARTIKEL BERKAITAN