Close

Nothing Phone (1) bakal jadi peranti terawal terima kemas kini Android 14

Nothing bakal menjadi peranti terawal akan menerima kemas kini Android 14 selepas siri Google Pixel. Kemas kini tersebut dijangka akan dilepaskan selepas acara Google I/O yang berlangsung pada 10 Mei ini.

Early access to Android 14 Beta 1 just dropped. Thanks @Android and @Google, very excited about what Nothing has coming in 2023. pic.twitter.com/AiZ6ptMtpA

— Carl Pei (@getpeid) April 28, 2023

Buat masa ini, Nothing tidak berkongsi sebarang garis masa lebih terperinci mengenai kemas kini Android 14. Kami menjangkakan kemas kini versi stabil Android 14 pada Phone (1) akan tiba lebih awal dari jangkaan.
Android 14 membawakan sejumlah peningkatan dari segi prestasi, privasi, keselamatan dan juga kemampuan penyesuaian antaramuka. Android 14 turut akan mengekalkan ciri yang ada pada Android 12L dan Android 13 dalam menyokong peranti dengan skrin yang lebih besar dan skrin boleh lipat.


Sebagi rujukan, Nothing OS 1.5 berasaskan Android 13 diterima oleh Phone (1) pada Februari lalu iaitu selepas 6 bulan siri Google Pixel. Nothing menjanjikan kemas kini selama tiga tahun untuk Android dan empat tahun untuk kemas kini keselamatan. 

ARTIKEL BERKAITAN