Close

Apple umumkan Final Cut Pro boleh digunakan pada iPad M1 dengan langganan bulanan RM22.90

 

Apple telah umumkan bahawa iPad mendapat sokongan perisian video dan muzik yang popular mereka, iaitu Final Cut Pro dan juga Logic Pro.

Jika sebelum ini, Final Cut Pro hanya boleh digunakan oleh pengguna Mac dan MacBook, tapi kini pengguna iPad juga sudah boleh gunakan perisian ini dan memberi alternatif baru pada pengguna untuk tujuan suntingan video.

Namun, Final Cut Pro hanya menyokong iPad yang menggunakan cip M1 dan ke atas sahaja. Manakala untuk Logic Pro, hanya untuk iPad dengan cip A12 Bionic ke atas sahaja.

Bahkan, ia perlu dilanggan secara bulanan RM22.90 atau tahunan RM199 dengan percuma percubaan dalam masa 1 bulan bermula 24 Mei ini.

Selain dari Final Cut Pro, perisian video dari Blackmagic, iaitu DaVinci Resolve juga antara yang sudahpun tersedia buat pengguna iPad dengan cip M1 dan ke atas.

ARTIKEL BERKAITAN