Close

Sony Xperia 1 V dan 10 V akan tiba di Malaysia pada suku ketiga 2023

Sony secara rasmi telahpun mengumumkan dua peranti baharu mereka iaitu Sony Xperia 1 V dan Xperia 10 V. Kedua-dua peranti ini dijangka akan ditawarkan untuk pasaran tempatan dan akan tiba sekitar suku ketiga tahun 2023.

Sony Xperia 1 V merupakan peranti premium, hadir dengan skrin OLED 4K bersaiz 6.5-inci bersama paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Bateri 5000mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 30W.

Dari segi fotografi, ia menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 52MP + 12MP ultralebar + 12MP telefoto. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 12MP. Keupayaan kamera peranti ini dijana dengan teknologi baharu Exmor T Mobile. Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti penarafan IP65/IP68, bicu audio 3.5mm, slot mikroSD, pembesar suara jenis stereo dan lain-lain.

Manakala untuk Sony Xperia 10 V, ia hadir dengan skrin OLED FHD+ bersaiz 6.1-inci bersama paparan standard 60Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 695 yang digabungkan dengan 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri 5000mAh dimuatkan dengan pengecasan pantas 21W.

Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 48MP + 8MP ultralebar + 8MP telefoto. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 8 MP.  Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti penarafan IP65/IP68, bicu audio 3.5mm, slot mikroSD, pembesar suara jenis stereo dan lain-lain.

Untuk harga jualan di Malaysia, Sony Xperia 1 V akan dijual pada harga RM6399 dan RM2199 untuk Sony Xperia 10 V. Buat masa ini, tiada sebarang maklumat mengenai tarikh pelancaran dan ketersediaan peranti ini di Malaysia. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN