Close

Samsung Galaxy Tab Active4 Pro kini rasmi di Malaysia dengan harga jualan RM3299

Samsung kini sedia untuk menawarkan tablet tahan lasak terbaru mereka untuk pasaran tempatan melalui model Samsung Galaxy Tab Active4 Pro untuk pasaran tempatan. Tablet ini mempunyai ketahanan MIL-STD-810H dan telah melalui 23 ujian seperti suhu, getaran, ketinggian dan lain-lain.


Samsung Galaxy Tab Active4 Pro hadir dengan skrin LCD TFT bersaiz 10.1-inci resolusi WUXGA yang dilindungi dengan Corning Gorilla Glass 5. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 778G yang dipadankan dengan 4GB RAM dan storan dalaman 64GB yang turut menyokong slot mikroSSD sehingga 1TB.

Dari segi fotografi, ia tampil dengan kamera belakang tunggal dengan sensor sebesar 13MP dan kamera swafoto sebesar 8MP. Bateri 7600mAh dimuatkan yang boleh dicas melalui dok pengecas POGO dan port USB-C yang menyokong pengecasan 15W.

Ciri menarik yang dibawakan pada tablet ini adalah ciri “No Battery Mode”, yang mana ciri ini membolehkan pengguna menggunakan tablet secara terus dengan kuasa pengecasan tanpa bateri dicas. Melalui ciri ini, jangka hayat bateri akan tahan lebih lama dan dapat mengelak masalah bateri kembung. Selain itu, tablet ini turut menyokong rangkaian 5G, WiFi 6, NFC, bicu audio 3.5mm, Samsung Dex dan menjalankan sistem operasi berasaskan Android 12.

Bagi yang berminat, Samsung Galaxy Tab Active4 Pro dijual pada harga RM3299, boleh didapati bermula hari ini di semua pengedar rasmi Samsung Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN