Close

Huawei Watch Ultimate kini hadir dalam pilihan warna Expedition Black – Dijual pada harga RM3299

Huawei kini sedia untuk menawarkan pilihan warna baharu untuk Huawei Watch Ultimate. Yang mana, sebelum ini ia ditawarkan dalam satu pilihan warna sahaja iaitu Blue hadir dengan kemasan biru gelap yang dipadankan dengan tali titanium.

Pilihan warna baharu yang ditawarkan adalah Expedition Black, menurut Huawei pilihan warna baharu ini adalah lebih ringan. Diperbuat dari bahan binaan jenis seramik dengan menggunakan teknologi nano bersama skala tachymeter pada bezel jam. 

Huawei Watch Ultimate Expedition Black ini dipadankan dengan tali jam jenis silikon yang sesuai untuk digunakan dalam pelbagai keadaan. Tiada perubahan spesifikasi yang dibawakan, skrin AMOLED LTPO jenis bulat yang bersaiz 1.5″ dengan pelindung saphire glass, bateri mampu bertahan sehingga 14 jam dan menyokong pengecasan tanpa wayar.

Seperti jam tangan pintar lain, Huawei Watch Ultimate Expedition Black turut menyokong pelbagai ciri kesihatan seperti spO2, penjejakan tekanan, penjejakan tidur, denyutan jantung, ECG dan lain-lain. Ia juga turut dimuatkan dengan lebih dari 100 aktiviti sukan secara terbina. Ia juga menyokong sambungan melalui Bluetooh dan juga NFC.


Untuk penawaran, Huawei Watch Ultimate Expedition Black dijual pada RM3299. Bagi yang berminat, pra-tempahan boleh dibuat bermula sekarang dan penjualan rasmi akan bermula pada 25 Jun ini di Lazada.

ARTIKEL BERKAITAN