Biarpun, OnePlus belum lagi mengumumkan sebarang maklumat mengenai peranti mercu mereka yang seterusnya. Namun, telah ada beberapa laporan awal mendedahkan maklumat mengenai peranti tersebut.
OP 12 launching December in China π¨π³
β Max Jambor (@MaxJmb) July 13, 2023
Terbaru, menurut pakar tiris Max Jambor. OnePlus 12 dijangka akan dilancarkan pada Disember 2023 di China, sebelum dilancarkan secara global. Namun, untuk pasaran global ia mungkin akan dilancarkan pada suku pertama 2024.
Bercakap mengenai spesifikasi, OnePlus 12 dijangka akan menjadi peranti terawal akan dijana dengna cip Snapdragon 8 Gen 3. Selain itu, ia dijangka akan turut hadir dengan skrin QHD+ OLED 120Hz yang bersaiz 6.7-inci, bateri 5000mAh, pengecasan 150W dan swafoto 32MP. Untuk kamera belakang, ia mungkin hadir dengan tetapan tri-kamera 50MP utama + 50MP ultralebar dan 64MP periskop.