Close

Samsung Galaxy Watch6 dan Watch6 Classic kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM1099

Seiring dengan acara Galaxy Unpacked, Samsung turut melancarkan jam tangan pintar baharu mereka iaitu Samsung Galaxy Watch6 dan Galaxy Watch6 Classic. Menawarkan sejumlah peningkatan spesifikasi dan reka bentuk yang lebih baik dari model sebelumnya.

Untuk spesifikasi, Samsung Galaxy Watch6 dikuasakan dengan cip pemproses Exynos W930 yang dipadankan dengan 2GB RAM dan storan dalaman 16GB. Bateri 300mAh atau 452mAh dimuatkan yang mampu memberikan penggunaan sehingga 30 jam atau 40 jam dengan fungsi AOD diaktifkan.

Samsung Galaxy Watch6 hadir dalam dua pilihan skrin iaitu 1.3-inci dan 1.5-inci dengan kedua-duanya menggunakan skrin AMOLED yang dilindungi dengan sapphire glass. Menggunakan rekaan berbentuk bulat yang ditawarkan dalam dua pilihan saiz iaitu 40mm dan 44mm.

Manakala untuk Samsung Galaxy Watch6 Classic, juga dikuasakan dengan cip pemproses Exynos W930 yang dipadankan dengan 2GB RAM dan storan dalaman 16GB. Bateri 300mAh atau 452mAh dimuatkan yang mampu memberikan penggunaan sehingga 30 jam atau 40 jam dengan fungsi AOD diaktifkan.

Samsung Galaxy Watch6 Classic hadir dalam dua pilihan skrin iaitu 1.3-inci dan 1.5-inci dengan kedua-duanya menggunakan skrin AMOLED yang dilindungi dengan sapphire glass tahan lasak. Menggunakan rekaan berbentuk bulat dengan bezel yang boleh berputar, turut ditawarkan dalam dua pilihan saiz iaitu 43mm dan 47mm.

Siri Samsung Galaxy Watch6 ini turut hadir dengan beberapa peningkatan dari segi perisian dan juga sokongan penderia yang lebih baik. Samsung turut menyatakan yang siri Galaxy Watch6 adalah jam tangan pintar terawal yang menyokong penjejakan kesihatan penuh yang merangkumi ECG, Heart rate & HR alert, tekanan darah, ramalan kitaran haid dan fall detection.


Selain itu, ia juga turut menyokong pelbagai fungsi penjejakan kesihatan lain. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti penarafan IP68, ketahanan tentera MIL-STD-810H, 5 ATM dan menjalankan One UI 5 yang berasaskan Android Wear OS 4.

Di Malaysia, Samsung Galaxy Watch6 dijual pada harga bermula RM1099 manakala untuk Samsung Galaxy Watch6 Classic pula dijual pada harga bermula RM1399. Siri Samsung Galaxy Watch6 ini akan mula dijual bermula 18 Ogos ini. 

Bagi yang berminat, pra-tempahan boleh dibuat melalui laman rasmi Samsung Malaysia, setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM347 yang berupa Fabric Band, 15W PD Power Adapter dan Watch Charger Cradle.

ARTIKEL BERKAITAN