Close

Infineon labur RM25 billion untuk bina kilang Cip SiC 200mm di Kedah

Infineon mengumumkan pelaburan sehingga €5 bilion (RM24.88 bilion) dalam tempoh 5 tahun untuk membina loji fabrikasi kuasa silikon karbida (SiC) 200-milimeter (mm) di Kulim, Kedah.


Dengan pelaburan ini, Kedah akan mempunyai kilang Cip SiC 200mm terbesar di dunia. Berikutan dari itu, Infineon menyasarkan pendapatan sehingga €7 bilion (RM34.88 billion) setahun akan dapat dihasilkan pada tahun mendatang.

Pelaburan ini bukan sahaja akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi tetapi akan turut meletakkan Malaysia sebagai pemain utama dalam ekosistem semikonduktor dunia.


Pada ketika ini, pasaran bagi SiC sedang mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan merangkumi pelbagai industri seperti solar, automotif, penyimpanan tenaga berkuasa tinggi, pusat data dan juga kenderaan elektrik.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN