Apple secara rasmi telah melancarkan siri iPhone 15 melalui acara Wonderlust yang berlangsung sebentar tadi. Seperti biasa, ia hadir dengan empat pilihan varian iaitu iPhone 15, 15 Plus, 15 Pro dan 15 Pro Max.
iPhone 15 Pro dan 15 Pro Max
Merupakan varian paling premium untuk siri iPhone 15. Untuk iPhone 15 Pro ia dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.1-inci OLED manakala iPhone 15 Pro Max pula dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.7-inci OLED. Kedua-dua menggunakan skrin Dynamic Island dengan paparan ProMotion 120Hz.
Turut menyokong teknologi skrin Super Retina XDR Display, kecerahan puncak 2000 nits dan dilindungi dengan Ceramic Shield. Kedua-dua peranti hadir dengan cip A17 Pro baharu yang dibina dengan teknologi binaan 3nm. Menawarkan peningkatan prestasi CPU dan GPU yang lebih berkuasa.
Perkara paling menarik pada iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max ia kini hadir dengan pengecasan USB-C yang menyokong penghantaran data 10Gbps. Tiada lagi butang ring silent sebaliknya diganti dengan action button yang boleh diubahsuai menjadi butang pintasan untuk membuka kamera, lampu suluh, alarm dan lain-lain.
Tidak ketinggalan, iPhone 15 Pro dan 15 Pro Max kini menggunakan bahan binaan dari Titanium yang menawarkan rekaan yang lebih kukuh, lebih premium dan juga lebih ringan dari model sebelumnya.
Masih menggunakan tetapan tri-kamera yang sama iaitu 48MP utama + 12MP ultra lebar + 12MP telefoto. Apple menyatakan yang sensor kamera baharu ini menawarkan hasil imej yang lebih baik pada keadaan kurang cahaya dan juga kurang kesan lens flare.
Selain itu, ia kini menyokong 5x zum optik dengan tiga focal lenght iaitu 24mm, 28mm dan 35mm. Selain itu, sensor baharu ini turut menyokong rakaman video Pro Res pada 4K60 dan spatial video.
Di Malaysia, harga jualan bagi iPhone 15 Pro adalah bermula dari RM5,499 manakala iPhone 15 Pro Max pula adalah bermula dari RM6,599. Ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Natural Titanium, Blue Titanium, White Titanium dan Black Titanium.
Bagi yang berminat, pra-tempahan bermula dari 22 September, dan akan mula tersedia pada 29 September ini.
iPhone 15 dan 15 Plus
Untuk iPhone 15, ia dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.1-inci manakala iPhone 15 Plus pula dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.7-inci. Kedua-dua model kini hadir dengan skrin Dynamic Island yang turut menyokong teknologi skrin Super Retina XDR Display dan kecerahan puncak 2000 nits. Masih lagi menggunakan paparan standard 60Hz dan dilindungi Ceramic Shield.
Dikuasakan dengan cip A16 Bionic yang digunakan pada iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max. Dari segi rekaan, ia masih menggunakan rekaan yang sama seperti model sebelumnya. Kedua-dua model ini turut hadir dengan pengecasan USB-C namun, menyokong penghantaran data yang lebih perlahan berbanding model Pro.
Untuk fotografi, ia masih menggunakan tetapan dwi-kamera yang sama. Namun, hadir dengansensor baharu 48MP utama + 12MP ultra lebar. Yang mana Apple menjanjikan prestasi kamera yang lebih baik berbanding model sebelumnya. Keupayaan kamera ini turut menyokong pelbagai fungsi seperti Smart HDR, Photonic Engine, Potrait lighting dan lain.
Di Malaysia, harga jualan bagi iPhone 15 adalah bermula dari RM4,399 manakala iPhone 15 Plus pula adalah bermula dari RM4,899. Ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu Blue, Pink, Yellow, Green dan Black.