HONOR secara rasmi melancarkan peranti baharu mereka iaitu X40 GT Racing di China. Hadir dengan sejumlah spesifikasi menarik dan memfokuskan kepada permainan.
HONOR X40 GT Racing hadir dengan skrin LCD bersaiz 6.81-inci yang turut menyokong paparan 144Hz. Dijana dengan cip Snapdragon 888 yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.
Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP kedalaman + 2MP makro. Untuk swafoto, ia menggunakan sensor sebesar 16MP. Bateri 4800mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 66W.
Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti sistem penyejukkan 13 lapisan, Bluetooth 5.2, NFC, HONOR Histen dan menjalankan MagicOS.
Di China, HONOR X40 GT Racing dijual pada harga bermula sekitar CNY 1799 (RM1154) untuk 12GB + 256GB dan CNY1999 (RM1282) untuk 12GB + 512GB. Ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Magic Night Black, Racing Black dan Racing Silver.