Close

Sony perkenalkan PlayStation 5 baharu – Ini yang perlu anda tahu

Sony secara rasmi melancarkan versi terbaru untuk PlayStation 5 (PS5) yang memfokuskan kepada reka bentuk dan dimensi yang lebih baik dari model asal sebelum ini.

Sony menyatakan yang volum pada PS5 baharu telah dikurangkan sebanyak 30%, sekaligus menjadikan ia lebih ringan dan juga lebih kecil. Lebih menarik, PS5 ini menyokong pemacu cakera boleh tanggal. Membolehkan pengguna PS5 Digital Edition menambah pemacu cakera Ultra HD Blu-ray selepas pembelian.


Selain itu, Sony turut membawakan beberapa perubahan lain seperti rekaan panel belakang kini lebih mudah untuk dibuka dan ia kini mempunyai dua sambungan USB-C pada bahagian hadapan. 



PS5 ini akan tersedia dengan pilihan storan 1TB dan dijangka akan mula ditawarkan bermula November 2023. Buat masa ini, tiada sebarang maklumat mengenai ketersediaan dan penawaran untuk pasaran Malaysia.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN