Close

realme C67 5G diperkenalkan – Guna cip Dimensity 6100+, paparan 120Hz dan kamera 50MP

realme secara rasmi memperkenalkan satu lagi peranti baharu di bawah siri C iaitu realme C67 5G. Merupakan peranti kelas permulaan yang dijana dengan cip Dimensity dan tampil dengan rekaan yang mirip seperti realme 11x 5G.

realme C67 5G dilengkapi dengan skrin IPS LCD bersaiz 6.72-inci dengan resolusi FHD+. Menyokong paparan 120Hz, touch sampling rate 180Hz dan kecerahan puncak 550 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 6100+ yang dipadan dengan RAM 6GB dan storan dalaman sehingga 128GB.

Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP. Manakala, untuk swafoto ia hadir dengan sensor 8MP. Bateri 5000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 33W.

Di India, realme C67 5G ini dijual pada harga sekitar INR 13,999 (RM787) untuk 4GB + 128GB dan INR 14,999 (RM843) untuk 6GB + 128GB. Ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Dark Purple dan Sunny Oasis. Peranti ini dijangka akan turut dilancarkan di Malaysia selepas dikesan melepasi SIRIM Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN