Close

Siri iQOO Neo9 diperkenalkan – Guna cip Dimensity 9300, paparan 144Hz dan pengecasan 120W

iQOO secara rasmi memperkenalkan peranti baharu di bawah siri Neo9. Hadir dengan dua pilihan varian iaitu Neo9 dan Neo9 Pro. Kedua-dua varian ini hanya dibezakan sokongan cip dan juga tetapan kamera belakang.

Kedua-dua peranti hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.78-inci dengan resolusi 1.5K. Turut menyokong paparan 144Hz, kandungan HDR10+ dan juga kecerahan puncak sehingga 1400 nits.

Untuk Neo9, ia dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan Neo9 Pro pula dijana dengan cip Dimensity 9300. Dari segi konfigurasi, ia hadir dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalam sehingga 1TB. Bateri 5160mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 120W.

Dari segi fotografi, Neo9 dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP +8MP ultra lebar. Manakala Neo9 Pro, dilengkapi dengan sensor utama 50MP OIS + 50MP ultra lebar. Untuk swafoto, ia menggunakan sensor yang sama iaitu 16MP.

Di China, siri Neo9 dijual pada harga bermula sekitar CNY2299 (RM1488) untuk Neo9 dan CNY2999 (RM1952) untuk Neo9 Pro. Buat masa ini tiada maklumat mengenai penawaran peranti ini di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN