Close

Galaxy AI akan tersedia pada model Galaxy sebelumnya

Samsung telahpun memperkenalkan peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu siri Galaxy S24. Perkara paling menarik mengenai siri Galaxy S24 adalah kecerdasan buatan yang dIpanggil sebagai Galaxy AI.

Galaxy AI menawarkan pelbagai fungsi menarik yang meningkatkan tahap kreativiti dan produktiviti pengguna melalui fungsi seperti live translate, chat assist, note assist, circle to search, Galaxy AI editing tool dan banyak lagi.

Lebih menarik, Galaxy AI turut akan tersedia pada Galaxy model sebelumnya seperti siri Galaxy S23, Z Fold5, Z Flip5 dan Galaxy Tab S9. Namun begitu, Samsung tidak mendedahkan secara terperinci mengenai fungsi Galaxy AI yang akan tersedia pada peranti tersebut.

Fungsi Galaxy AI akan diberikan melalui kemas kini perisian dan akan tersedia pada semua peranti menjelang separuh pertama tahun 2024.

ARTIKEL BERKAITAN