Close

Rekaan Google Pixel 9 Pro tertiris – Guna rekaan berkotak dan rata macam iPhone dan Nothing Phone

Biarpun Google belum lagi memberikan sebarang maklumat mengenai generasi Pixel yang seterusnya. Namun, telah ada laporan yang mendedahkan rekaan peranti tersebut.

Sumber : MySmartPrice X OnLeaks

Terbaru, rekaan yang didakwa sebagai Pixel 9 Pro telahpun didedahkan. Merujuk kepada rekaan tersebut, memperlihatkan yang Pixel 9 Pro hadir dengan rekaan yang berbeza dari Pixel 8 Pro. Pixel 9 Pro dilihat hadir dengan skrin jenis rata bersama kamera swafoto jenis punch hole di tengah. Lebih menarik, rekaan sisi Pixel 9 Pro dilihat lebih rata dan mirip seperti iPhone dan Nothing Phone.

Rekaan bahagian belakang turut menerima perubahan, paling ketara adalah pada rekaan kamera belakang yang menggunakan rekaan seperti Pixel Fold dan menggunakan tetapan tri-kamera belakang. Google dijangka akan menggunakan kamera utama dengan kemampuan aperture boleh ubah seperti mana yang digunakan pada peranti premium ketika ini.

Pixel 9 Pro dijangka akan hadir dengan skrin lebih kecil iaitu 6.5-inci berbanding Pixel 8 Pro dengan 6.7-inci. Walaubagaimanapun, laporan ini masih terlalu untuk disahkan memandangkan acara pelancaran siri Pixel 9 masih lagi panjang iaitu sekitar Oktober 2024.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN