Close

Galaxy AI turut tersedia pada Galaxy Buds2 Pro, Buds2 dan Buds FE

Samsung kini mula memperluaskan sokongan kecerdasan buatan mereka iaitu Galaxy AI kepada lebih banyak peranti. Terbaru, peranti boleh pakai iaitu Galaxy Buds2 Pro, Buds2 dan Buds FE dilihat telah mula menyokong fungsi tersebut.

Terdapat dua fungsi Galaxy AI yang ditawarkan pada siri Galaxy Buds iaitu Live translate dan juga Interpretation. Untuk Live translate ia menterjemahkan bahasa dalam masa nyata ketika melakukan panggilan menggunakan siri Galaxy Buds. Manakala Interpretation pula, sama seperti Live translate tetapi untuk perbualan secara bersemuka.

Kedua-dua fungsi ini akan memaparkan perbualan yang diterjemah pada skrin telefon yang disambungkan dengan siri Galaxy Buds. Menariknya, fungsi ini tidak memerlukan sebarang sambungan internet aktif namun pengguna perlu muat turun pek bahasa terlebih dahulu. Selain itu, fungsi ini hanya tersedia untuk pengguna yang menggunakan siri Galaxy S24.

Fungsi Galaxy AI ini telahpun tersedia lebih awal untuk pengguna di India. Kemas kini ini dijangka akan dilepaskan kepada lebih banyak negara dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN