Berita gembira buat peminat HUAWEI di Malaysia, dua peranti baru dari HUAWEI iaitu siri Pura70 dan MateBook X Pro (2024) kini boleh mula dibeli di Malaysia.
Siri HUAWEI Pura70 ditawarkan dengan 3 pilihan model iaitu Pura70, Pura70 Pro dan Pura70 Ultra. Untuk Pura70, ia hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.6-inci dengan paparan 120Hz. Dilengkapi dengan 12GB RAM, storan dalaman 1TB, bateri 4900mAh dan menyokong pengecasan pantas 66W berwayar dan 50W tanpa wayar. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 13MP Ultra Lebar + 12MP Telefoto dan swafoto 13MP.
Manakala untuk Pura70 Pro, ia turut hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.8-inci dengan paparan 120Hz. Dilengkapi dengan 12GB RAM, storan dalaman 1TB, bateri 5050mAh dan menyokong pengecasan pantas 100W bewayar dan 80W tanpa wayar. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 12.5MP Ultra Lebar + 40MP Telefoto dan Swafoto 13MP.
Model paling premium iaitu Pura70 Ultra pula hadir dengan skrin OLED LTPO bersaiz 6.8-inci dengan paparan 120Hz. Dilengkapi dengan 16GB RAM, storan dalaman 1TB, bateri 5200mAh dan menyokong pengecasan pantas 100W bewayar dan 80W tanpa wayar. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor 50MP 1-inci + 40MP Ultra Lebar + 50MP Telefoto dan 13MP Swafoto.
Untuk MateBook X Pro (2024) hadir dengan skrin OLED bersaiz 14.2-inci dengan paparan 120Hz. Ia merupakan komputer riba pertama yang dilengkapi dengan HUAWEI X-True Display. Dikuasakan dengan cip Intel Core Ultra 9 atau Intel Core Ultra 7 yang dipadankan dengan RAM sehingga 32GB dan storan dalaman sehingga 2TB SSD. MateBook X Pro hanya seberat 980 gram dan ketebalan hanya 13.5mm sahaja. Sekaligus, menjadikan ia sebagai komputer riba paling nipis dan ringan di pasaran pada ketika ini.
Untuk harga jualan, Pura70 ditawarkan pada harga bermula RM3699, Pura70 Pro pada harga RM4899 dan Pura70 Ultra pada harga RM6599. Manakala untuk Matebook X Pro (2024), ia dijual pada harga bermula RM8999 untuk Intel Core Ultra 7 dan RM10,999 untuk Intel Core Ultra 9.