Tiga pengeluar fon China iaitu OPPO, realme dan OnePlus dijangka akan mula mengunakan kapasiti bateri 6000mAh pada peranti andalan mereka.
Menurut laporan, OPPO, realme dan OnePlus dikatakan bersedia untuk menggunakan kapasiti bateri yang lebih besar pada peranti andalan mereka. Model yang dijangka akan menggunakan bateri 6000mAh adalah OPPO Find X8, realme GT6 Pro dan OnePlus 13. Dengan kapasiti bateri yang lebih besar ia menjanjikan waktu penggunaan yang lebih panjang. Pada ketika ini, ketiga-tiga pengeluar menggunakan kapasiti bateri bawah dari 5500mAh.
Namun begitu, terdapat kekurangan sekiranya menggunakan kapasiti bateri yang lebih besar seperti peranti akan menjadi lebih berat sekaligus menjadikan ia kurang selesa untuk digunakan dalam tempoh yang panjang. Walaubagaimanapun, dengan kemajuan teknologi bateri yang ada pada ketika ini perkara tersebut mungkin akan dapat diselesaikan.