Close

Tecno Phantom V Fold 2 diperkenalkan – Guna cip Dimensity 9000+, bateri 5750mAh dan tri-kamera 50MP

Tecno secara rasmi memperkenalkan fon lipat generasi seterusnya mereka iaitu Phantom V Fold 2. Tampil dengan pelbagai peningkatan yang merangkumi spesifikasi dan juga rekaan.

Rekaan Phantom V Fold 2 dihasilkan dengan kerjasama dari LOEWE. Perbezaan paling ketara pada peranti ini adalah ia menggunakan rekaan kamera belakang baru yang disusun dalam bentuk segi empat. Hadir dengan skrin utama bersaiz 7.85-inci AMOLED 2K dan skrin kedua bersazi 6.42-inci AMOLED FHD+. Kedua-dua skrin ini menyokong paparan LTPO 120Hz dan 100% P3 Color Gamut.

Dikuasakan dengan cip Dimensity 9000+ yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman 512GB. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Potrait + 50M Ultra Lebar. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 32MP pada bahagian dalam dan 32MP pada bahagian luar.

Dimuatkan dengan bateri 5750mAh yang menyokong pengecasan 70W berwayar dan 15W tanpa wayar. Peranti ini turut dikuasakan dengan kecerdasan buatan melalui Tecno AI. Melaluinya, hadir dengan pelbagai fungsi AI seperti AI Wallpaper Generator, AI Summary, AI Translation, AI Writing dan AI Artboard. Tidak ketinggalan ia turut menyokong pembantu maya Ella yang diintergrasikan dengan Gemini.

Phantom V Fold 2 ini turut stylus melalui Phantom V Pen yang hanya seberat 10 gram sahaja. Selain itu, peranti ini hanya setebal 6.1 mm apabila dibuka dan 12 mm apabila dilipat. Berat peranti ini hanya sekitar 249 gram sahaja dan turut menyokong penarafan IP54.

Di Eropah, Phantom V Fold 2 dijual pada harga sekitar $1099 (RM4703). Peranti ini dijangka akan turut ditawarkan untuk pasaran Asia Tenggara.

ARTIKEL BERKAITAN