Xiaomi secara rasmi memperkenalkan fon lipat jenis clamshell pertama mereka ke pasaran global melalui model MIX Flip. Peranti ini telahpun diperkenalkan lebih awal untuk pasaran China.
MIX Flip hadir dengan skrin luar yang besar iaitu 4-inci yang menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 1600 nits. Untuk skrin utama, ia menggunakan skrin bersaiz 6.86-inci yang menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 3000 nits.
Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB. Bateri 4780mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 67W. Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP telefoto dan swafoto 16MP. Keupayaan kamera ini turut dimuatkan dengan teknologi kamera Leica.
Di Eropah, MIX Flip dijual pada harga sekitar €1300 (RM5999) dan ditawarkan dalam satu pilihan varian sahaja iaitu 12GB + 512GB. Tidak dapat dipastikan adakah peranti ini akan tiba ke pasaran Malaysia atau sebaliknya.