nubia secara rasmi memperkenalkan tablet baru mereka yang memfokuskan kepada permainan iaitu RedMagic Nova. Tablet ini juga dikenali sebagai Nova Gaming Tablet, hadir dengan spesifikasi yang berkuasa sesuai dengan penawarannya.
RedMagic Nova merupakan tablet pertama yang dilengkapi dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 Leading Edition yang turut digunakan pada RedMagic 9S Pro dan nubia Z60 Ultra. Cip ini menjanjikan peningkatan CPU dan GPU yang lebih berkuasa berbanding cip Snapdragon 8 Gen 3.
Hadir dengan skrin IPS LCD bersaiz 10.9-inci dengan resolusi 2.8K. Turut menyokong paparan 144Hz dan touch sampling rate pada 840Hz. Menggunakan konfigurasi RAM sehingga 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB. Turut dimuatkan dengan kipas penyejuk dengan kelajuan 20,000 rpm dan sistem penyejukkan 9 lapisan yang mampu mengekalkan suhu pada 25°C.
Menggunakan tetapan kamera belakang tunggal dengan sensor 50MP dan swafoto 20MP. Dimuatkan dengan bateri 10,100mAh yang menyokong pengecasan 80W. nubia mendakwa, tablet ini mampu bertahan sehingga 10 jam untuk permainan dan 19 jam untuk penggunaan biasa. Selain itu, terdapat juga sokongan lampu RGB yang dimuatkan pada bahagian belakang.
Untuk pasaran Malaysia, RedMagic Nova ini dijual pada harga bermula RM3199 untuk 12GB + 256GB dan RM3999 untuk 16GB + 512GB. Sempena dengan pengenalannya, nubia menawarkan diskaun sehingga RM500 melalui Shoppe sehingga 13 November ini.