Close

Siri HUAWEI nova 13 diumumkan – Kamera 50MP, bateri 5000mAh dan pengecasan 100W

Huawei secara rasmi memperkenalkan 2 peranti baru di bawah siri Nova 13. 2 model tersebut adalah Nova 13 dan Nova 13 Pro. Kedua-dua model tampil dengan peningkatan yang lebih baik dari segi spesifikasi dan rekaan.

Untuk nova 13, ia hadir dengan skrin OLED jenis rata bersaiz 6.7-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz, touch sampling rate 300Hz dan PWM Dimming 1440Hz. Tiada maklumat mengenai cip yang digunakan pada peranti namun ia dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar. Untuk swafoto ia hadir dengan sensor sebesar 60MP. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W.

Manakala untuk nova 13 Pro, ia hadir dengan skrin OLED jenis melengkung bersaiz 6.7-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz, touch sampling rate 300Hz dan PWM Dimming 2160Hz. Tiada maklumat mengenai cip yang digunakan pada peranti namun ia dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 12MP Telefoto + 8MP Ultra Lebar. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 60MP. Turut dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W.

Kedua-dua model menjalankan sistem operasi HarmonyOS 4.2. Selain itu, ia turut hadir dengan pelbagai fungsi AI seperti AI Best Expression, AI Upscaling, AI Object Removal dan AI Smart Cutout. Terdapat juga fungsi HUAWEI Da Vinci Portrait Engine 2.0 untuk menjana imej potret lebih baik. Spesifikasi lain yang turut dimuatkan adalah seperti termasuk pengimbas cap jari, NFC, pembesar suara jenis stereo dan lain-lain.

Di China, HUAWEI nova 13 dijual pada harga bermula sekitar CNY2699 (RM1644) manakala untuk nova 13 Pro pula bermula sekitar CNY3699 (RM2255). Tidak dapat dipastikan adakah model ini akan turut tiba ke pasaran tempatan atau sebaliknya.

ARTIKEL BERKAITAN