Close

Siri nubia Red Magic 10 Pro diperkenalkan – Guna cip Snapdragon 8 Elite dengan bateri 7050mAh 

nubia secara rasmi memperkenalkan Red Magic 10 Pro dan 10 Pro+ untuk pasaran China. Hadir dengan peningkatan spesifikasi yang lebih berkuasa dan juga kapasiti bateri yang lebih besar.

Kedua-dua model tampil dengan spesifikasi yang hampir sama hanya dibezakan dengan teknologi pengecasan, kapasiti bateri dan pilihan varian. Hadir dengan skrin AMOLED BOE Q9+ bersaiz 6.85-inci dengan resolus 1.5K. Turut menyokong paparan 144Hz dan kecerahan puncak 2000 nits.

Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite yang lebih berkuasa yang dipadankan dengan RAM sehingga 24GB LPDRR5X dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.0 atau 4.1.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP OV50E40 + 50MP Ultra Lebar OV50D + 2MP Makro. Manakala untuk swafoto, ia dilengkapi dengan sensor 16MP yang diletakkan di bawah skrin.

Untuk Red Magic 10 Pro, ia dimuatkan dengan bateri 6500mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W. Manakala untuk Red Magic 10 Pro+, ia dimuatkan dengan bateri 7050mAh yang pengecasan yang lebih pantas iaitu 120W.

Selain itu, peranti ini turut dimuatkan cip permainan khas dari nubia iaitu Red Core R3 yang menjanjikan pengalaman permainan yang lebih baik. Sistem penyejukan turut dipertingkat dengan kipas terbina yang mampu berpusing sehingga 23,000 RPM. Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti bicu audio 3.5mm, NFC, pembesar suara jenis stereo , Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4, IR Blaster dan shoulder triggers 520Hz.

Di China, Red Magic 10 Pro dijual pada harga bermula sekitar CNY5299 (RM3274). Manakala Red Magic 10 Pro+ pula dijual pada harga bermula sekitar CNY5999 (RM3706).

ARTIKEL BERKAITAN