Redmi secara rasmi memperkenalkan barisan baru peranti mereka iaitu siri Redmi 80. Tampil dengan dua pilihan model iaitu Redmi K80 dan Redmi K80 Pro.
Redmi K80 Pro hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.67-inci dengan resolusi 2K. Turut menggunakan paparan 120Hz dengan kecerahan puncak 3200 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite yang dipadankan dengan RAM sehingga 24GB dan storan dalaman sehingga 1TB.
Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 32MP Ultra Lebar + 50MP Telefoto Makro dan swafoto 20MP. Dimuatkan dengan bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan 120W. Spesifikasi lain yang turut dimuatkan adalah seperti pengimbas cap jari bawah skrin, penarafan IP68, IR Blaster dan menjalankan HyperOS 2.0.
Sementara untuk Redmi K80 pula, ia hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.67-inci dengan resolusi 2K. Turut menggunakan paparan 120Hz dengan kecerahan puncak 3200 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan RAM sehingga 24GB dan storan dalaman sehingga 1TB.
Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar. Untuk swafoto ia hadir dengan sensor 20MP. Dimuatkan dengan bateri 6550mAh yang menyokong pengecasan 90W. Spesifikasi lain yang turut dimuatkan adalah seperti pengimbas cap jari bawah skrin, penarafan IP68, IR Blaster dan menjalankan HyperOS 2.0.
Di China, Redmi K80 dijual pada harga bermula sekitar CNY2499 (RM1533) manakala Redmi K80 Pro pula dijual pada harga bermula CNY3699 (RM2268).