Close

OPPO Find X8S diperlihatkan – Guna rekaan nipis dan ringan

OPPO secara rasmi memperlihatkan peranti baru mereka iaitu Find X8S. Peranti ini merupakan sebuah peranti bersaiz kompak yang akan menjadi pesaing kepada vivo X200 mini, Galaxy S25 Edge dan iPhone 17 Air.

Melalui perkongsian tersebut memperlihatkan Find X8S hadir dengan rekaan yang nipis dan ringan. OPPO turut membandingkan rekaan Find X8S dan juga iPhone 16 Pro Max. Peranti ini dikatakan hanya setebal 7.7 mm dengan berat sekitar 173 gram sahaja. Selain itu, bonggol kamera juga menggunakan rekaan yang lebih nipis untuk memberikan pengalaman penggunaan lebih baik.

Bukan itu sahaja, Find X8S akan dilengkapi dengan bezel yang nipis untuk memberikan pengalaman visual yang lebih luas. Peranti ini dijangka hadir dengan cip MediaTek Dimensity 9400+, bateri 5700mAh dan menyokong pengecasan pantas 80W.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh yang dikongsi oleh OPPO berkenaan pelancaran peranti ini. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan maklumat tersebut.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN