Close

Siri HONOR 400 akan dilengkapi dengan fungsi AI ‘Image-to-Video’ – Akan diperkenalkan pada 22 Mei ini

HONOR Malaysia telah mengesahkan ketibaan peranti baru mereka iaitu siri HONOR 400 pada 22 Mei ini. Peranti ini akan dilengkapi dengan pelbagai fungsi AI baru yang dibangunkan dengan kerjasama Google Cloud AI.

Antara fungsi AI baru yang akan diperkenalkan pada siri HONOR 400 adalah AI Image-to-Video. Seperti namanya, fungsi ini membolehkan pengguna menukar imej statik kepada dalam bentuk video berdurasi 5 saat. Fungsi ini tidak memerlukan aplikasi tambahan bermaksud ia boleh dijana secara terus melalui aplikasi galeri.

Fungsi ini bukan sahaja memberikan pengalaman visual yang lebih baik tetapi turut terdapat elemen emosi dan interaksi. HONOR menyatakan, fungsi ini sesuai untuk menghidupkan semula foto kenangan dalam bentuk yang lebih menarik.

Selain fungsi AI Image-to-Video, siri HONOR 400 akan turut dilengkapi dengan pelbagai fungsi AI baru seperti AI Eraser 2.0, AI Cutout, AI Outpainting, AI Upscale dan Moving Photo Collage. Buat masa ini, tiada maklumat mengenai spesifkasi dan juga ketersediaannya. Seperti biasa, maklumat tersebut hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak.

ARTIKEL BERKAITAN