Sub-jenama Xiaomi iaitu Redmi telah memperkenalkan tablet baru mereka ke pasaran tempatan melalui model siri Redmi Pad 2. Hadir dengan spesfikasi yang menarik dan ditawarkan dalam 2 pilihan varian iaitu Redmi Pad 2 dan Redmi Pad 2 4G.

Siri Redmi Pad 2 hadir dengan skrin IPS LCD bersaiz 11-inci dengan resolusi 2.5K dan menyokong paparan 90Hz. Dikuasakan dengan cip MediaTek Helio G100-Ultra yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB LPDDR4X dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 2.2.

Dimuatkan dengan bateri 9000mAh yang menyokong pengecasan 18W. Tablet ini dilengkapi dengan kamera belakang 8MP dan kamera swafoto 5MP. Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti empat pembesar suara dari Dolby Studio, Bluetooth 5.3 dan menjalankan HyperOS 2. Selain itu, tablet ini turut menyokong stylus Redmi Smart Pen.

Di Malaysia, Redmi Pad 2 dijual pada harga bermula RM599 manakala untuk Redmi Pad 2 4G pula dijual pada harga bermula RM699. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dibeli bermula hari ini di semua pengedar rasmi Xiaomi Malaysia.