Xiaomi mengumumkan Redmi Note 14 Pro 5G edisi terhad yang dipanggil sebagai Bambam Edition. Seperti namanya, rekaan edisi terhad ini diinspirasikan oleh duta jenama Redmi iaitu BamBam (Kunpimook Bhuwakul).

Redmi Note 14 Pro 5G Bambam Edition ini hadir dengan pilihan warna yang unik yang dipanggil Sand Gold. Pilihan warna ini menjadikan peranti ini nampak lebih kemas dan menarik. Untuk menjadikan ia lebih istimewa, terdapat tandatangan Bambam pada panel belakang.
Untuk spesifikasi dalaman tiada sebarang perubahan, hadir dengan skrin AMOLED jenis melengkung bersaiz 6.67-inci dengan paparan 120Hz. Turut menyokong Dolby Vision, kecerahan puncak 3000 nits dan dilindungi dengan Gorilla Glass Victus 2. Dijana dengan cip Dimensity 7300-Ultra yang dipadankan dengan 12GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 25GGB UFS 2.2.
Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 200MP + 8MP Ultra Lebar + 2MP Makro dan swafoto 20MP. Dimuatkan dengan bateri 5110mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W. Spesifikasi lain yang turut dimuatkan adalah penarafan IP68, pembesar suara Dolby Atmos dan pengimbas cap jari bawah skrin.

Redmi Note 14 Pro 5G BamBam Limited Edition dijual pada harga RM1299 untuk 12GB + 256GB. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dibeli di kedai fizikal Xiaomi atau platform rasmi dalam talian termasuk mi.com, Shopee dan Lazada.