OPPO Malaysia telah menjadualkan acara pelancaran untuk siri Reno14 pada 1 Julai ini. Siri Reno14 akan hadir dengan 3 pilihan model iaitu Reno14, Reno14 F dan Reno14 Pro.
Siri Reno14 akan hadir dengan rekaan Iridescent Mermaid yang mempunyai kemasan unik yang berkilau dan boleh berubah warna mengikut kepada sudut pandang. Bukan itu sahaja, siri Reno14 akan hadir dengan sistem AI Flash Photography, memberikan hasil imej lebih baik dalam pencahayaan rendah.

Seiring dengan itu, OPPO Malaysia telah membuka pra-tempahan untuk siri OPPO Reno14. Pra-tempahan ini dibuka bermula hari ini iaitu 20 Jun hingga 30 Jun 2025. Setiap pra-tempahan akan menerima rebat segera hingga RM200 dan pelbagai hadiah menarik bernilai RM2396.
Buat masa ini, tiada maklumat mengenai spesifikasi dan juga harga jualan untuk siri Reno14. Seperti biasa, maklumat tersebut hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak.