Close

WhatsApp bakal hadir dengan ciri baru – Peringatan mesej dalam perbualan

WhatsApp bakal hadir dengan ciri baru iaitu Notifications Reminderes for Chat. Melaluinya, ia membolehkan pengguna untuk menetapkan peringatan untuk mesej tertentu dalam perbualan.

Ciri ini dilihat berguna dan sesuai untuk mesej penting seperti tugasan kerja atau mesej peribadi yang memerlukan tindakan kemudian. Pengguna hanya perlu menetapkan peringatan pada mesej tertentu kemudian notifikasi dengan ikon loceng akan dihantar apabila tiba waktu yang ditetapkan.

Terdapat beberapa pilihan peringatan yang ditawarkan pada ciri iaitu 2 jam, 8 jam atau 1 hari atau pengguna boleh menetap pilihan masa sendiri. Untuk menggunakan ciri ini, pengguna hanya perlu hold pada mesej kemudian pilih ‘Remind Me’, seterusnya tetapkan masa untuk peringatan.

Dari segi privasi, ciri ini hanya boleh dilakukan melalui peranti sepenuhnya dan perubahan tidak dikongsi pada pengguna lain. Selain itu, hanya pengguna yang menetapkan sahaja dapat melihat perubahan tersebut.

Walau bagaimanapun, ciri ini masih lagi dalam fasa ujian dan tidak dapat dipastikan bilakah ia akan tersedia pada semua pengguna.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN