vivo telah menjadualkan acara pelancaran untuk telefon lipat pertama mereka iaitu X Fold5 pada 29 Julai ini. Acara pelancaran ini turut boleh ditonton melalui platform media sosial rasmi vivo seperti Facebook, TikTok, YouTube dan lain-lain.
vivo X Fold5 dijangka hadir dengan pakej menarik merangkumi rekaan dan juga spesifikasi. Buat masa ini, tiada maklumat mengenai spesifikasi yang dikongsi oleh vivo Malaysia.
Peranti ini bakal tampil dengan rekaan yang nipis, ringan dan juga berkuasa berdasarkan kepada slogan yang digunakan iaitu ‘Light, Slim, Powerful’. vivo X Fold5 dijangka akan menjadi pesaing kepada HONOR Magic V5 dan juga Samsung Galaxy Z Fold7.
Seperti biasa, maklumat penuh mengenai peranti ini hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak. Jadi, sama-sama kita nantikan.