Samsung mungkin akan membawa perubahan ketara pada teknologi pengecasan dan kapasiti bateri pada Galaxy S26 Ultra.
Menurut laporan, Samsung mungkin akan menggunakan teknologi pengecasan yang lebih pantas iaitu 65W berbanding 45W yang digunakan ketika ini. Walaupun tiada maklumat terperinci mengenainya namun perubahan ini menarik untuk dilihat.

Selain pengecasan, Samsung dijangka akan turut menggunakan kapasiti bateri yang lebih besar pada Galaxy S26 Ultra. Kapasiti bateri yang mungkin akan digunakan adalah 5500mAh iaitu 10% lebih besar berbanding Galaxy S25 Ultra dengan 5000mAh.
Perubahan ini tidak begitu ketara jika dibandingkan dengan peranti andalan dari China yang ditawarkan dengan kapasiti bateri yang lebih besar melebihi 6000mAh.
Laporan tersebut turut menyatakan yang Galaxy S26 Ultra akan hadir dengan rekaan yang lebih nipis iaitu 8.2mm dan akan dilengkapi dengan pengecasan tanpa wayar 25W dengan teknologi Qi2.