Close

Siri Google Pixel 10 jadi fon pertama sokong panggilan suara dan video WhatsApp melalui satelit

Siri Google Pixel 10 baru sahaja dilancarkan pada minggu lalu, hadir dengan empat pilihan model iaitu Pixel 10, Pixel 10 Pro, Pixel 10 Pro XL dan Pixel 10 Pro Fold.

Pada acara pelancarannya, terdapat fungsi yang tidak diumumkan oleh Google untuk siri Pixel 10. Kini, Google mengumumkan yang siri Pixel 10 akan menjadi fon pintar pertama di dunia yang menyokong panggilan suara dan video WhatsApp melalui sambungan satelit.

Jika sebelum ini, teknologi satelit pada fon pintar hanya terhad kepada SMS kecemasan sahaja. Kini, Google mengambil langkah berbeza yang lebih baik dengan menyokong panggilan suara dan video WhatsApp walaupun tanpa rangkaian selular atau WiFi.

Ciri ini dijangka akan tersedia untuk pengguna bermula 28 Ogos 2025. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa syarat untuk menggunakan ciri ini seperti hanya boleh digunakan melalui ‘carrier’ terpilih dan caj tambahan mungkin akan dikenakan.

Buat masa ini, Google belum lagi mengumumkan senarai penuh carrier yang akan menyokong ciri ini. Kita mungkin boleh menjangkakan maklumat lanjut mengenainya akan dikongsi dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN