Close

Samsung Galaxy Tab S10 Lite diumumkan – Guna cip Exynos 1380 dan bateri 8000mAh

Samsung memperkenalkan satu lagi tablet baru di bawah siri Galaxy Tab S10 iaitu Tab S10 Lite. Sebelum ini, Samsung telahpun memperkenalkan Galaxy Tab S10 Ultra, Tab S10+, Tab S10 FE dan Tab S10 FE+.

Galaxy Tab S10 Lite dikuasakan dengan cip Exynos 1380 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB dan turut menyokong mikroSD sehingga 2TB. Menggunakan skrin TFT LCD bersaiz 10.9-inci dengan kecerahan puncak 600 nits.

Dimuatkan dengan bateri 8000mAh yang menyokong pengecasan pantas melalui USB-C. Menggunakan kamera belakang 8MP dan kamera swafoto 5MP. Tablet ini menjalankan sistem operasi One UI 7.0 berasaskan Android 15.

Seperti mana peranti Samsung yang lain, Tab S10 Lite turut menyokong pelbagai ciri Galaxy AI dan terdapat butang khas Galaxy AI Key pada papan kekunci Book Cover untuk memudahkan pengguna mengakses ciri tersebut. Samsung turut bekerjasama dengan pelbagai aplikasi pihak ketiga seperti Goodnotes, Clip Studio Paint, LumaFusion, Notion, Noteshelf 3, Sketchbook, Picsart dan lain-lain.

Galaxy Tab S10 Lite akan mula dijual bermula 5 September 2025 dengan tiga pilihan warna iaitu Gray, Silver dan Coralred. Buat masa ini, Samsung belum lagi mendedahkan harga jualan rasmi untuk Galaxy Tab S10 Lite.

ARTIKEL BERKAITAN